Selasa, 19 November 2013

Refleksi Minggu ke-10 ( Pengurusan Data)
         
            Pada minggu ke 10 ini, kuliah disampaikan oleh Dr.Norazarena berkaitan dengan pengurusan data (Data Management). Pengurusan data ini merupakan satu cara pengumpullan data di lakukan dalam bentuk elektronik. Semua maklmat dari setiap bahan dikemaskinikan dalam sistem. Sistem yang dipelajari pada hari ini adalah Microsoft Access.
                                   

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)

Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. Sistem pengurusan pangkalan data turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

Kelebihan DBMS
·         Kawalan data banyak - data disimpan dalam satu lokasi
·         Data sentiasa konsisten - data disimpan hanya sekali dan perubahan data dalam satu jadual
·         Perkongsian data - data daripada pelbagai sumber disimpan di tempat yang sama
·         Keselamatan data - data dilindungi daripada dicapai oleh pengguna yang tidak sah
·         Capaian serentak - data yang sama dalam pangkalan data dicapai oleh ramai pengguna (lokasi berlainan) secara serentak.
·         Ekonomikal - tenaga, kos, storan dan meningkatkan produktiviti

Kelemahan DBMS
·         Kompleks - perisian yang kompleks dan perlukan pemahaman terhadap fungsi-fungsinya serta kegagalan memahami sistem
·         Saiz storan yang besar - memerlukan satu ruang storan untuk menyimpan saiz DBMS, perisian sistem dan perisian-perisian lain
·         Keperluan dan kos perkakasan - bertambah
Pada hari ini juga saya diperkenalkan serba sedikit kepada Microsoft Access dimana program ini yang akan digunakan dalam DBMS untuk subjek ini. 


            Saya berasa amat bersyukur kerana dapat mempelajari program Access ini, walaupun ianya pertama kali namum ia cukup memberi banyak pengetahuan dan pendedahan cara untuk menyimpan data.





1 ulasan:

  1. Asaalamualaikum. Mohon sudah berada di kelas pada rabu ini paling lewat jam 4.45 petang... Terima kasih.

    BalasPadam