Selasa, 26 November 2013


Refleksi Minggu ke-11 ( Pengurusan Data)


          Pada minggu ke 11 ini, saya di terangkan sekali lagi oleh Dr.Norazarena tentang pengurusan data yang menggunakan Microsoft Access. Pada minggu yang lepas hanya beberapa perkara sahaja di ajar, dan pada minggu ini, ianya lebih agak terperinci dalam menguruskan sesuatu data dari bahan untuk dikemaskinikan. Microsoft Access merupakan sistem pengurusan pangkalan data yang efisien dan berfungsi pada persekitaran Windows. Perisian dari Microsoft ini membenarkan data disimpan, dimanipulasi dan diproses dalam satu entiti yang berasingan (table). Penggunaan Microsoft access ini lebih baik dan kemas berbanding dengan Microsoft yang lain. Antara ciri-ciri asas yang ada dalan Microsoft Access adalah:

1.     Data Entri dan Kemaskini : Mekanisma pengurusan data sama ada tambah data, ubah, edit data dan hapus data
2.     Query (Pertanyaan) : Mekanisma pertanyaan dalam mengeluarkan hasil atau output yang tepat dari pangkalan data
3.     Form (Borang) : Mekanisma antara muka yang memaparkan data pada bentuk yang mudah difahami
4.     Laporan (Report) : Mekanisma menghasilkan laporan mengikut pertanyaan (query) yang dilaksanakan
5.     Sokongan pada Pelayar Web : Mekanisma pengurusan data yang boleh dipaparkan pada pelayar web  
Penerangan dan tunjuk ajar dari pensyarah sangat mudah difahami kerana beliau menunggu kesemua pelajar menyiapkan setiap proses dalam pembinaan table, query, report dan form. Kami diminta membina table dan memasukkan data buku yang telah dilakukan sebelum ini. Berikut merupakan langkah-langkah yang dilakukan dalam pembinaan table tersebut:



Pada akhir pembelajaran minggu ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang Microsoft Access ini, dah berharap agar diberikan lagi tunjuk ajar pada kelas-kelas masa hadapan.

2 ulasan:

  1. Asaalamualaikum.

    Perhatian kepada rakan2 ERMS. Kelas pengajian kita pada petang ini (27/11) diawalkan pada jam 4.00 petang. Pesanan drpd Dr Azarena sebentar tadi.

    Jazakumullah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cpt betolkan spelling nama Dr..nanti kena potong markah hihi..

      Padam