Refleksi
Minggu ke-2
Dalam minggu ke-2 ini,
saya telah diajar mengenai katalog. Pada umumnya, katalog merupakan satu bahan
yang sangat penting dalam membantu pencarian maklumat dalam mengakses sesuatu
bahan supaya mudah dalam membuat pemilihan buku mengikut edisi atau jenisnya. Dalam
kuliah pada hari ini juga, saya dan rakan sekelas telah diberi penerangan
mengenai cara memproses katalog. Katalog betujuan untuk menyediakan maklumat
keseluruhan bahan untuk direkodkan. Selain itu juga, ia untuk mengenalpasti
bahan dan memberi pengenalan bahan yang diproses supaya dapat memberikan
maklumat ringkas mengenai bahan kepada pembaca. Ia juga memberi maklumat karate
pada bahan agar memudahkan pemilihan bahan oleh pembaca serta menepatkan entri
pada tajuk dan memudahkan proses susun atur untuk peminjaman dan pemulangan. Dalam proses mengkatalog terdapat
dua peraturan yang perlu di patuhi iaitu ISBD
(International Standard Bibliographic Description) dan AACR II (Anglo American Cataloguing Rules) supaya
seragam di seluruh dunia. Kemudian, saya dan rekan sekelas diminta ke
perpustakaan falkuti Pendidikan untuk melaksanakan pratikal proses-proses
menulis entri seperti yang diajar dalam kelas tadi.
Contoh:
White, Roger Crombie.
Curriculum innovation a celebration of classroom practice / roger
white.-Buckingham, United Kinfdom: Open University Press, 1997.
Xviii, 155p. ; 25cm.
Includes index
ISBN 0-335-19757-4
Mohd Fua’ad Rahmat.
Instrumentasi/Mohd.Fua’ad Rahmat, Sallehudin Ibrahim,
Skudai, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia,2003.
Viii,141:ill;25cm
Mengandungi indeks
ISBN 983-52-0305-9
Paizah Haji Ismail,
Undang-undang jenayah islam/Paizah Haji Ismail,
Petaling jaya, Selangor: Dewan Pustaka Islam,
274p;21cm
Mengandungi Bibliografi
ISBN 983-66-0028-0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan