Refleksi Minggu ke-3
Pada minggu ke 3
ini, En.Razak masih lagi meneruskan perbincangan mengenai katalog. Pada minggu
sebelumnya kerja-kerja mengkatalog memfokuskan kepada bahan seperti buku dan
bahan bercetak. Pada kali ini, ia lebih kepada kaedah mengkatalog bahan yang
bersiri (jurnal). Bahan bersiri ini mengandungi kod berangka atau kronolgi bagi
digunakan untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. Antara bahan bersiri
adalah seperti berikut; jurnal, majalah, laporan tahunan, buku tahunan, dan
laporan berulang-ulang dan sebagainya. Selain itu juga En,Razak menerangkan
tentang cara mengkatalog bahan bukan buku seperti CD-ROM atau carta. Dalam proses
mengkatalog jurnal kita menggunakan ISSN (International Standard Serial
Number). Proses mengkatalog bahan jurnal ini memerlukan ketelitian kerana ia
satu kerja yang amat rumit.
Contoh katalog bahan yang bersiri :
Jurnal teknologi : B pembinaan,reka bentuk dan perancangan,
no 1 (Jun 1984)-Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia,2004
Dwi tahunan.
ISSN 0127-9696
Jurnal teknologi : E
Pengurusan, pendidikan dan sains sosial.
No.1 (Jun, 1982)-Skudai,
Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia 2000-
Biannually
Library has : no.30
(December,2000)-
ISSN 1675-8692
Jurnal teknologi : D elektronik,kawalan,telekomunikasi dan maklumat
no 1 (Dis 1986)- Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia,2006
Dwi tahunan
ISSN 0127-9696
Tiada ulasan:
Catat Ulasan