Selasa, 29 Oktober 2013

Refleksi Minggu ke-7(Subject Cataloging)

        Pada minggu ke -7 ini, En.Razak telah memberi penerangan dan mengajar cara bagaimana untuk mengetahui bagaimana semua bahan disusun dalam perpustakaan dan apakah kod2 kelas yang telah ditetapkan bagi setiap bahan. Setiap bahan atau katalog yang disusun perlulah disusun mengikut kod atau kelasnya. Pada hari ini, saya didedahkan dengan sistem pengkelasan seperti LCCS, UDC, DDC, CC dan BC. Pada kuliah hari ini, saya mempelajari cara membuat pengelasan berdasarakan Dewey Decimal Classification (DDC).
 Contoh :

                                                                                620.11
                                                                                                      JAS
Jasmi Hashim
Glosari kejuruteraan bahan/Jasmi Hashim .- Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003
            x, 223p. : ill. ; 20cm.
            Include bibliografi
            ISBN 983-52-0304-0
1.      Material—Dictionaries   2.    Engineering—Dictionaries

I.          Judul



Refleksi Minggu ke-6


        ~Kelas ditangguhkan sempena cuti hari raya Aidiladha~

Selasa, 22 Oktober 2013

Refleksi Minggu ke-5(Subject Cataloging)
          Pada minggu ke -5 ini, saya masih meneruskan diberi penerangan mengenai “subject cataloguing”. Untuk menlengkapkan sebuah bahan yang diproses kerja-kerja penambahan entri perlu dilakukan. Oleh yang demikian, En.Razak telah memberi penerangan dan mengajar cara bagaimana untuk menambah atau memasukan entri tambahan dalam sesuatu bahan.
 Contoh :

Kejuruteraan Perisian
            Kejuruteraan perisian/Suhaimi Ibrahim.- Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 1999
            ix, 202p. :ill. ; 23cm
            Includes indexs, bibliografi
            ISBN 983-52-0176-5
            1.         Computer engineering
I.  Suhaimi Ibrahim

Jasmi Hashim
            Glosari kejuruteraan bahan/Jasmi Hashim .- Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003
            x, 223p. : ill. ; 20cm.
            Include bibliografi
            ISBN 983-52-0304-0
1.      Material—Dictionaries   2.    Engineering—Dictionaries
I.          Judul














Selasa, 8 Oktober 2013

Refleksi Minggu ke-4(Subject Cataloging)
            Kuliah pada minggu ke-4, saya diberi penerangan mengenai proses mengkatalog, namun ada sedikit penambahan yang perlu dibuat bagi melengkapkan proses tersebut. Proses tersebut ialah menyatakan maklumat dan kandungan mengenai bidang yang berkaitan dalam bahan. Kandungan bidang yang di nyatakan tersebut perlulah menggunakan senarai yang boleh dipercayai iaitu dengan menggunakan “Subject Heading”. Setelah diberi penerangan, saya dan rakan-rakan ke perpustakaan fakulti untuk mencari senarai kandungan bidang yang diperlukan. Ia merupakan satu proses yang agak rumit dan mengambil masa yang agak lama bagi mendapatkan hasil yang tepat dan jelas. Sedikit nasihat dari En.Razak, kita perlu bersabar, berhati-hati dan teliti dalam proses mencari maklumat tersebut. Terima kasih kepada pengajar dan rakan-rakan yang banyak membantu.
Contoh:

1.     Banks, Jerry
Discrete-event system simulation/Jerry Banks, John S. Carson, II.--Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice Hall, 1984.
xiv, 514p: graphs; 24cm
Includes index
ISBN 0-13-215582-6
1. Simulation Methods


2.     John, Vernon
 Pengenalan kepada bahan kejuruteraan/Vernon John, Penterjemah Ani Idris, Jasmi Hashim.-- Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 1997
 x, 580p: ill; 25cm
 Includes index
ISBN 9835201005
1. Materials


3.     Che Rahim Che The
 Kaedah berangka:matematik untuk sains dan kejuruteraan menggunakan MAPLE/Che Rahim Che Teh.-- Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2005.
vii, 341p, ill; 27cm

 Includes index
 ISBN 983-52-0367-9
1. MAPLE - Computer Programs






                         Buku yang digunakan untuk menentukan kandungan bidang setiap bahan.




Isnin, 7 Oktober 2013

Refleksi Minggu ke-3
Pada minggu ke 3 ini, En.Razak masih lagi meneruskan perbincangan mengenai katalog. Pada minggu sebelumnya kerja-kerja mengkatalog memfokuskan kepada bahan seperti buku dan bahan bercetak. Pada kali ini, ia lebih kepada kaedah mengkatalog bahan yang bersiri (jurnal). Bahan bersiri ini mengandungi kod berangka atau kronolgi bagi digunakan untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. Antara bahan bersiri adalah seperti berikut; jurnal, majalah, laporan tahunan, buku tahunan, dan laporan berulang-ulang dan sebagainya. Selain itu juga En,Razak menerangkan tentang cara mengkatalog bahan bukan buku seperti CD-ROM atau carta. Dalam proses mengkatalog jurnal kita menggunakan ISSN (International Standard Serial Number). Proses mengkatalog bahan jurnal ini memerlukan ketelitian kerana ia satu kerja yang amat rumit.

Contoh katalog bahan yang bersiri :

Jurnal teknologi : B pembinaan,reka bentuk dan perancangan,

no 1 (Jun 1984)-Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia,2004
Dwi tahunan.
ISSN 0127-9696


Jurnal teknologi : E Pengurusan, pendidikan dan sains sosial.
No.1 (Jun, 1982)-Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia 2000-
Biannually
Library has : no.30 (December,2000)-
ISSN 1675-8692


Jurnal teknologi : D elektronik,kawalan,telekomunikasi dan maklumat

no 1 (Dis 1986)- Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia,2006
Dwi tahunan
ISSN 0127-9696




Rabu, 2 Oktober 2013

Refleksi Minggu ke-2

          Dalam minggu ke-2 ini, saya telah diajar mengenai katalog. Pada umumnya, katalog merupakan satu bahan yang sangat penting dalam membantu pencarian maklumat dalam mengakses sesuatu bahan supaya mudah dalam membuat pemilihan buku mengikut edisi atau jenisnya. Dalam kuliah pada hari ini juga, saya dan rakan sekelas telah diberi penerangan mengenai cara memproses katalog. Katalog betujuan untuk menyediakan maklumat keseluruhan bahan untuk direkodkan. Selain itu juga, ia untuk mengenalpasti bahan dan memberi pengenalan bahan yang diproses supaya dapat memberikan maklumat ringkas mengenai bahan kepada pembaca. Ia juga memberi maklumat karate pada bahan agar memudahkan pemilihan bahan oleh pembaca serta menepatkan entri pada tajuk dan memudahkan proses susun atur untuk peminjaman dan pemulangan. Dalam proses mengkatalog terdapat dua peraturan yang perlu di patuhi iaitu ISBD (International Standard Bibliographic Description) dan AACR II (Anglo American Cataloguing Rules) supaya seragam di seluruh dunia. Kemudian, saya dan rekan sekelas diminta ke perpustakaan falkuti Pendidikan untuk melaksanakan pratikal proses-proses menulis entri seperti yang diajar dalam kelas tadi.

Contoh:
White, Roger Crombie.
Curriculum innovation a celebration of classroom practice / roger white.-Buckingham, United Kinfdom: Open University Press, 1997.
Xviii, 155p. ; 25cm.
Includes index
ISBN 0-335-19757-4

Mohd Fua’ad Rahmat.
Instrumentasi/Mohd.Fua’ad Rahmat, Sallehudin Ibrahim,
Skudai, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia,2003.
Viii,141:ill;25cm
Mengandungi indeks
ISBN 983-52-0305-9

Paizah Haji Ismail,
Undang-undang jenayah islam/Paizah Haji Ismail,
Petaling jaya, Selangor: Dewan Pustaka Islam,
274p;21cm
Mengandungi Bibliografi
ISBN 983-66-0028-0


gambar semasa proses entri katalog.