Refleksi
Minggu ke-11 ( Pengurusan Data)
Pada minggu ke 11 ini, saya di terangkan sekali lagi oleh Dr.Norazarena tentang pengurusan data
yang menggunakan Microsoft Access. Pada minggu yang lepas hanya beberapa
perkara sahaja di ajar, dan pada minggu ini, ianya lebih agak terperinci dalam
menguruskan sesuatu data dari bahan untuk dikemaskinikan. Microsoft Access
merupakan sistem pengurusan pangkalan data yang efisien dan berfungsi pada
persekitaran Windows. Perisian dari Microsoft ini membenarkan data disimpan,
dimanipulasi dan diproses dalam satu entiti yang berasingan (table). Penggunaan
Microsoft access ini lebih baik dan kemas berbanding dengan Microsoft yang
lain. Antara ciri-ciri asas yang ada dalan Microsoft Access adalah:
1.
Data Entri dan Kemaskini : Mekanisma pengurusan data sama ada
tambah data, ubah, edit data dan hapus data
2.
Query (Pertanyaan) : Mekanisma pertanyaan dalam
mengeluarkan hasil atau output yang tepat dari pangkalan data
3.
Form (Borang) : Mekanisma antara muka yang memaparkan
data pada bentuk yang mudah difahami
4.
Laporan (Report) : Mekanisma menghasilkan laporan
mengikut pertanyaan (query) yang dilaksanakan
5.
Sokongan pada Pelayar Web : Mekanisma pengurusan data yang boleh
dipaparkan pada pelayar web
Penerangan dan tunjuk ajar dari pensyarah sangat mudah difahami
kerana beliau menunggu kesemua pelajar menyiapkan setiap proses dalam pembinaan
table, query, report dan form. Kami diminta membina table dan memasukkan data
buku yang telah dilakukan sebelum ini. Berikut merupakan langkah-langkah yang
dilakukan dalam pembinaan table tersebut:
Pada akhir pembelajaran minggu ini, saya telah mendapat sedikit
sebanyak pengetahuan tentang Microsoft Access ini, dah berharap agar diberikan
lagi tunjuk ajar pada kelas-kelas masa hadapan.