Selasa, 3 Disember 2013

Refleksi Minggu ke-12 ( Pengurusan Data)
Pada minggu ke 12 ini, Dr.Norazarena telah menerangkan secara lebih teperinci tentang pengurusan data yang menggunakan Microsoft Access. Pada kali ini, ianya berkaitan dengan Table, Query, Report dan Form. Saya diminta untuk menyatakan keperluan table dan apakan yang perlu ada untuk membina table. Antara maklumat yang perlu ada untuk membina table adalah seperti berikut:
       I.            Nombor panggilan
    II.            Judul
 III.            Pengarang 1
IV.            Pengarang 2
   V.            Tempat terbit
VI.            Penerbit
VII.            Tahun terbit
VIII.            Deskripsi fizikal
IX.            Nota
   X.            ISBN
XI.            Tajuk perkara 1
XII.            Tajuk perkara 2
XIII.            Status
XIV.            Harga
XV.            Pengkatalog
XVI.            GMD
XVII.            Edisi
 Kemudian saya diajar untuk membuat query, form dan report. Ini semua adalah untuk memudahkan kerja-kerja mengkatalog bahan yang diperolehi dengan cepat, mudah dan sistematik. Ia juga dapat mejimatkan waktu untuk sesuatu bahan diproses. 





Selasa, 26 November 2013


Refleksi Minggu ke-11 ( Pengurusan Data)


          Pada minggu ke 11 ini, saya di terangkan sekali lagi oleh Dr.Norazarena tentang pengurusan data yang menggunakan Microsoft Access. Pada minggu yang lepas hanya beberapa perkara sahaja di ajar, dan pada minggu ini, ianya lebih agak terperinci dalam menguruskan sesuatu data dari bahan untuk dikemaskinikan. Microsoft Access merupakan sistem pengurusan pangkalan data yang efisien dan berfungsi pada persekitaran Windows. Perisian dari Microsoft ini membenarkan data disimpan, dimanipulasi dan diproses dalam satu entiti yang berasingan (table). Penggunaan Microsoft access ini lebih baik dan kemas berbanding dengan Microsoft yang lain. Antara ciri-ciri asas yang ada dalan Microsoft Access adalah:

1.     Data Entri dan Kemaskini : Mekanisma pengurusan data sama ada tambah data, ubah, edit data dan hapus data
2.     Query (Pertanyaan) : Mekanisma pertanyaan dalam mengeluarkan hasil atau output yang tepat dari pangkalan data
3.     Form (Borang) : Mekanisma antara muka yang memaparkan data pada bentuk yang mudah difahami
4.     Laporan (Report) : Mekanisma menghasilkan laporan mengikut pertanyaan (query) yang dilaksanakan
5.     Sokongan pada Pelayar Web : Mekanisma pengurusan data yang boleh dipaparkan pada pelayar web  
Penerangan dan tunjuk ajar dari pensyarah sangat mudah difahami kerana beliau menunggu kesemua pelajar menyiapkan setiap proses dalam pembinaan table, query, report dan form. Kami diminta membina table dan memasukkan data buku yang telah dilakukan sebelum ini. Berikut merupakan langkah-langkah yang dilakukan dalam pembinaan table tersebut:



Pada akhir pembelajaran minggu ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang Microsoft Access ini, dah berharap agar diberikan lagi tunjuk ajar pada kelas-kelas masa hadapan.

Selasa, 19 November 2013

Refleksi Minggu ke-10 ( Pengurusan Data)
         
            Pada minggu ke 10 ini, kuliah disampaikan oleh Dr.Norazarena berkaitan dengan pengurusan data (Data Management). Pengurusan data ini merupakan satu cara pengumpullan data di lakukan dalam bentuk elektronik. Semua maklmat dari setiap bahan dikemaskinikan dalam sistem. Sistem yang dipelajari pada hari ini adalah Microsoft Access.
                                   

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)

Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data. Sistem pengurusan pangkalan data turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

Kelebihan DBMS
·         Kawalan data banyak - data disimpan dalam satu lokasi
·         Data sentiasa konsisten - data disimpan hanya sekali dan perubahan data dalam satu jadual
·         Perkongsian data - data daripada pelbagai sumber disimpan di tempat yang sama
·         Keselamatan data - data dilindungi daripada dicapai oleh pengguna yang tidak sah
·         Capaian serentak - data yang sama dalam pangkalan data dicapai oleh ramai pengguna (lokasi berlainan) secara serentak.
·         Ekonomikal - tenaga, kos, storan dan meningkatkan produktiviti

Kelemahan DBMS
·         Kompleks - perisian yang kompleks dan perlukan pemahaman terhadap fungsi-fungsinya serta kegagalan memahami sistem
·         Saiz storan yang besar - memerlukan satu ruang storan untuk menyimpan saiz DBMS, perisian sistem dan perisian-perisian lain
·         Keperluan dan kos perkakasan - bertambah
Pada hari ini juga saya diperkenalkan serba sedikit kepada Microsoft Access dimana program ini yang akan digunakan dalam DBMS untuk subjek ini. 


            Saya berasa amat bersyukur kerana dapat mempelajari program Access ini, walaupun ianya pertama kali namum ia cukup memberi banyak pengetahuan dan pendedahan cara untuk menyimpan data.





Isnin, 18 November 2013

Refleksi Minggu ke-9 ( Nombor Panggilan dan Nombor DDC)
         
Dalam minggu ke 9 ini, kami neneruskan pembelajaran mengenai pembinaan nombor bagi DDC. En. Razak telah menerangkan cara untuk menggunakan DDC. Dalam proses untuk mencari maklumat ini, nombor panggilan yang diterangkan oleh En.Razak adalah satu nombor yang dikhususkan untuk sesuatu bahan atau item. Selain nombor panggilan, sistem DDC ini juga memerlukan nombor kelas. Oleh itu,untuk membina nombor dalam sistem DDC memerlukan empat kaedah, namun hanya dua kaedah,yang selalu digunakan iaitu Table 1 Standard Subdivisions, dan Tables 2-6Table 1 Standard Subdivision; boleh ditambahkan nombor mengikut kaedah tertentu. Tables 2-6; nombor ditambah bergantung kepada arahan yang diberikan. Dengan ini, kerja pengelaskan bahan mudah dilakukan dengan sistematik dan memudahkan kerja2 penyusunan bahan mengikut kelasnya tersendiri. Maka tamat lah kelas untuk menyediakan sesebuah bahan yang diproses oleh seorang yang bergelar perpustakawan.


Selasa, 29 Oktober 2013

Refleksi Minggu ke-7(Subject Cataloging)

        Pada minggu ke -7 ini, En.Razak telah memberi penerangan dan mengajar cara bagaimana untuk mengetahui bagaimana semua bahan disusun dalam perpustakaan dan apakah kod2 kelas yang telah ditetapkan bagi setiap bahan. Setiap bahan atau katalog yang disusun perlulah disusun mengikut kod atau kelasnya. Pada hari ini, saya didedahkan dengan sistem pengkelasan seperti LCCS, UDC, DDC, CC dan BC. Pada kuliah hari ini, saya mempelajari cara membuat pengelasan berdasarakan Dewey Decimal Classification (DDC).
 Contoh :

                                                                                620.11
                                                                                                      JAS
Jasmi Hashim
Glosari kejuruteraan bahan/Jasmi Hashim .- Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003
            x, 223p. : ill. ; 20cm.
            Include bibliografi
            ISBN 983-52-0304-0
1.      Material—Dictionaries   2.    Engineering—Dictionaries

I.          Judul



Refleksi Minggu ke-6


        ~Kelas ditangguhkan sempena cuti hari raya Aidiladha~

Selasa, 22 Oktober 2013

Refleksi Minggu ke-5(Subject Cataloging)
          Pada minggu ke -5 ini, saya masih meneruskan diberi penerangan mengenai “subject cataloguing”. Untuk menlengkapkan sebuah bahan yang diproses kerja-kerja penambahan entri perlu dilakukan. Oleh yang demikian, En.Razak telah memberi penerangan dan mengajar cara bagaimana untuk menambah atau memasukan entri tambahan dalam sesuatu bahan.
 Contoh :

Kejuruteraan Perisian
            Kejuruteraan perisian/Suhaimi Ibrahim.- Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 1999
            ix, 202p. :ill. ; 23cm
            Includes indexs, bibliografi
            ISBN 983-52-0176-5
            1.         Computer engineering
I.  Suhaimi Ibrahim

Jasmi Hashim
            Glosari kejuruteraan bahan/Jasmi Hashim .- Skudai, Johor : Universiti Teknologi Malaysia, 2003
            x, 223p. : ill. ; 20cm.
            Include bibliografi
            ISBN 983-52-0304-0
1.      Material—Dictionaries   2.    Engineering—Dictionaries
I.          Judul