Selasa, 3 Disember 2013

Refleksi Minggu ke-12 ( Pengurusan Data)
Pada minggu ke 12 ini, Dr.Norazarena telah menerangkan secara lebih teperinci tentang pengurusan data yang menggunakan Microsoft Access. Pada kali ini, ianya berkaitan dengan Table, Query, Report dan Form. Saya diminta untuk menyatakan keperluan table dan apakan yang perlu ada untuk membina table. Antara maklumat yang perlu ada untuk membina table adalah seperti berikut:
       I.            Nombor panggilan
    II.            Judul
 III.            Pengarang 1
IV.            Pengarang 2
   V.            Tempat terbit
VI.            Penerbit
VII.            Tahun terbit
VIII.            Deskripsi fizikal
IX.            Nota
   X.            ISBN
XI.            Tajuk perkara 1
XII.            Tajuk perkara 2
XIII.            Status
XIV.            Harga
XV.            Pengkatalog
XVI.            GMD
XVII.            Edisi
 Kemudian saya diajar untuk membuat query, form dan report. Ini semua adalah untuk memudahkan kerja-kerja mengkatalog bahan yang diperolehi dengan cepat, mudah dan sistematik. Ia juga dapat mejimatkan waktu untuk sesuatu bahan diproses.